Friday, 27 April 2012

Doa Ketenangan Hati


-Assalamualaikum- 
Hidup tak selalu indah..ya. Ada pasang surutnya..mungkin malam tadi korang berdepan masalah yang membuatkan hati korang x tenang,gelisah,murung dan macam2 lagi…itulah rencah kehidupan…di harapkan korang sentiasa bersabar dengan dugaan yang Allah turunkan…apa yang berlaku pasti ada hikmahnya….jangan berputus asa…jom kita amalkan doa untuk ketenangan hati…insyaallah moga segala urusan di permudahkan di hari baru ni...

Saturday, 7 April 2012

Makne Disebalik Warna Bunga Ros

                                             Ros Merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian.Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada .mu”.



Ros Putih

Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you''.



Ros Kuning

Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru .Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.



Ros Merah Jambu

Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.



Ros Lavender

Cinta pandang pertama dan pesonaHantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.



Ros Hitam

Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematianKadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.



Ros Biru

Mustahil dan tak dapat disempurnakanBunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.






Thursday, 5 April 2012

Kelebihan Gunting

Oleh kerana ''Gunting'' lah rambut ak telah di gunting tanpa cacat cela.Gunting mesti ad kelebihan kan.Nie la Kelebihan Gunting:

                                        Gunting

  1. alat untuk memotong kain (rambut, kertas, dan lain-lain) yang terdiri daripada dua bilah logam yang dirangkapkan
    gunting babi sejenis perangkap babi yang menggunakan pisau
    gunting tiket alat untuk menebuk lubang pada tiket
    tukang gunting rambut tukang potong rambut
  2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dan lain-lain)
    Ayat: baju gunting Cina; rambut gunting GI;
  3. seperti gunting makan di hujung peribahasa mencapai sesuatu dengan diam-diam
  4. bergunting menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting
    Ayat: dia baru saja lepas gunting;
  5. dipotong dengan gunting
    Ayat: kain itu belum gunting lagi;
  6. menggunting memotong dengan gunting, memangkas (rambut dan lain-lain)
  7. Indonesia menipu, mencatut
  8. gunting hati menyakitkan hati orang
    gunting dalam lipatan peribahasa membinasakan sahabat (bangsa dan lain-lain) sendiri
  9. guntingan hasil daripada menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dan lain-lain)
  10. (komputer dan telekomunikasi) gambar atau teks yang telah dipotong atau disalin oleh pengguna daripada dokumen yang sedia ada untuk digunakan dalam lukisan atau dokumen lain
  11. penggunting orang yang menggunting

Wednesday, 4 April 2012

Pantun Si Dia

Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.......Terbaekk

Motivasi Diri Sendiri


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
koleksi kata hikmat motivasi
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum yang sempat saya kumpulkan...Apa-apa pun buat la yang terbaik untuk diri anda..^^